KEMPEN PENDAFTARAN AHLI BARU NESTLÉ HOME OF GOOD
TERMA DAN SYARAT
A: Jadual Syarat Penyertaan
Penganjur
Nestlé Products Sdn. Bhd. [197901000966]
Kempen
KEMPEN PENDAFTARAN AHLI BARU NESTLÉ HOME OF GOOD
Tempoh Kempen
Kempen ini bermula jam 00:00:00 pada 01/01/2025 dan berakhir jam 23:59:59 pada 31/12/2025.
Kelayakan
Kempen ini terbuka untuk peserta yang baru mendaftar dengan Nestlé Home of Good semasa Tempoh Kempen, yang merupakan penduduk sah di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, dari permulaan Tempoh Kempen.
Kaedah Penyertaan
Lengkapkan semua syarat wajib dalam borang pendaftaran Nestlé Home of Good yang disediakan di https://www.nestlehomeofgood.com.my/ms/register untuk mendaftar sebagai ahli Nestlé Home of Good semasa Tempoh Kempen. Pastikan pendaftaran anda sebagai ahli berjaya.
Tarikh Akhir Penyertaan
Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum jam 23:59:59 pada 31/12/2025.
Syarat Penebusan
1. Hanya peserta yang pertama kali mendaftar sebagai ahli Nestlé Home of Good semasa Tempoh Kempen akan layak menebus Hadiah Alu-aluan pilihannya.
2. Semua penyertaan akan disahkan oleh Penganjur.
3. Hadiah Alu-aluan terhad kepada satu bagi setiap isi rumah yang mempunyai alamat yang sama.
4. Sekiranya alamat fizikal atau alamat e-mel didapati tidak sah, maka Hadiah Alu-aluan Nestlé Home of Good akan diberikan kepada peserta seterusnya yang layak dengan butiran yang sah.
Hadiah-hadiah
- Hadiah Alu-aluan Nestlé Home of Good boleh ditawarkan dalam bentuk Kit Sampel, baucar/kod promosi, atau premium pilihan Peserta, seperti yang ditawarkan oleh Penganjur mengikut budi bicaranya dalam tempoh tertentu.
- Hadiah Alu-aluan Nestlé Home of Good ditawarkan berdasarkan siapa cepat dia dapat sehingga jumlah yang sewajarnya disampaikan seperti yang tertera di halaman pendaftaran kempen ini.
- Setiap pendaftaran yang berjaya sebagai ahli Nestlé Home of Good akan layak menerima Hadiah Alu-aluan Nestlé Home of Good seperti yang tertera di halaman pendaftaran Kempen ini.
- Kandungan Hadiah Alu-aluan Nestlé Home of Good adalah seperti yang diumumkan dan dikemas kini di halaman pendaftaran Kempen ini.
Sekiranya Hadiah Alu-aluan berupa baucar:
- Ia hanya boleh digunakan sekali sahaja;
- Sila ambil perhatian bahawa tarikh luput baucar akan dinyatakan dalam mesej teks SMS ataupun e- mel pemenuhan itu sendiri. Sebarang baucar yang tidak digunakan selepas tarikh luput tidak akan dikeluarkan semula;
- Peserta mesti menggunakan kod baucar semasa daftar keluar untuk menikmati baucar;
- Syarat baucar akan dimaklumkan dalam e-mel pemenuhan.
Tarikh Penghantaran
- Sekiranya Hadiah Alu-aluan berupa Kit Sampel atau premium, ia akan dihantar ke alamat surat-menyurat sah yang diberikan dalam tempoh empat (4) hingga enam (6) minggu selepas pendaftaran.
- Jika Hadiah Alu-aluan berupa baucar atau kod promosi, ia akan dihantar melalui mesej teks SMS ataupun e-mel ke nombor telefon bimbit ataupun alamat e-mel sah yang diberikan dalam borang pendaftaran dalam tempoh empat
(4) hingga enam (6) minggu selepas pendaftaran. Semua penghantaran Hadiah Alu-aluan hanya akan diproses
semasa hari bekerja.
Jadual Syarat Penyertaan ini mesti dibaca bersama dengan Syarat-syarat Penyertaan, secara kolektif dirujuk sebagai “Terma dan Syarat”, dan akan mengikat semua peserta (dan ibu bapa/penjaga peserta yang sah, untuk peserta bawah umur) yang menyertai Kempen ini (selepas ini dirujuk sebagai “Peserta”, “Anda”,).
B: Syarat-syarat Penyertaan
1. Pengenalan
1.1 Syarat-syarat Penyertaan ini mesti dibaca bersama dengan Jadual Syarat Penyertaan. Jika terdapat sebarang percanggahan antara Syarat-syarat Penyertaan dan Jadual Syarat Penyertaan, Jadual Syarat Penyertaan hendaklah diguna pakai. Syarat-syarat Penyertaan dan Jadual Syarat Penyertaan secara kolektif akan dirujuk sebagai “Terma dan Syarat”. Setiap terma yang berhuruf besar jika tidak dinyatakan selainnya di dalam ini hendaklah mempunyai maksud yang ditakrifkan untuk terma sedemikian dalam Jadual Syarat Penyertaan. Terma yang ditakrifkan boleh digunakan untuk bentuk mufrad dan jamak mengikut keadaan.
1.2 Penganjur berhak mengikut budi bicara, tanpa memberi notis terlebih dahulu, dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa untuk mengubah Terma dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Kempen, membuat penggantian Hadiah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen secara keseluruhan atau sebahagiannya. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa Penyertaan berterusan mereka dalam Kempen akan menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (sebagaimana yang diubah).
1.3 Keputusan Penganjur dalam semua perkara yang berkaitan dengan Kempen termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua Peserta. Sebarang surat menyurat atau rayuan berkaitan pengadilan dan pemilihan pemenang tidak akan dilayan.
2. Penyertaan Kempen
2.1 Dengan mengemukakan penyertaan untuk Kempen ini, Peserta dianggap sudah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
2.2 Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada penyertaan dalam Kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas, pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan semasa atau berhubung dengan Kempen ini hendaklah ditanggung oleh Peserta.
2.3 Bukti penghantaran penyertaan bukanlah bukti penerimaan, dan Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penyertaan yang lewat, hilang, rosak dan/atau tidak diterima. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan operasi atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau pengubahsuaian komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telekomunikasi, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di Internet.
3. Kelayakan
3.1 Sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Syarat Penyertaan, sekiranya Peserta berumur di bawah lapan belas (18) tahun, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis (dalam bentuk yang akan ditentukan oleh Penganjur), daripada ibu bapa/penjaga sah mereka sebelum menyertai Kempen ini dan mengemukakan sebarang maklumat peribadi.
3.2 Penganjur boleh meminta Peserta untuk memberikan bukti kelayakan untuk menyertai Kempen ini termasuk tetapi tidak terhad kepada dokumen pengenalan, dan kebenaran bertulis ibu bapa/penjaga sah untuk Peserta di bawah umur lapan belas (18) tahun.
4. Ketidaklayakan
Kumpulan orang yang dinyatakan di bawah tidak layak untuk menyertai Kempen ini:
(a) Kakitangan Penganjur dan syarikat-syarikat dalam kumpulannya dan ahli keluarga terdekat mereka (suami isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik dan suami isteri adik beradik mereka); dan
(b) Kakitangan agensi Penganjur yang berkaitan dengan Kempen ini dan ahli keluarga terdekat mereka (suami isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik dan suami isteri adik beradik mereka).
5. Perlucutan Kelayakan
5.1 Penyertaan berikut akan dilucutkan kelayakannya:
(a) penyertaan yang tidak jelas, tidak lengkap, berulang, salinan, tidak boleh dibaca atau tidak betul; dan/atau
(b) penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan/atau peraturan yang berkuat kuasa.
5.2 Selain itu, Penganjur berhak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta yang:
(a) menjejaskan, telah atau cuba menjejaskan perjalanan Kempen dengan pemalsuan, atau penipuan; dan/atau
(b) tidak layak atau tidak dapat mengemukakan bukti kelayakan untuk menyertai Kempen ini untuk pengesahan Penganjur apabila diminta.
5.3 Sekiranya perlucutan kelayakan berlaku selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau bayaran nilainya daripada Peserta yang dilucutkan kelayakannya.
6. Hadiah
6.1 Penganjur, ejen, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana Peserta yang gagal menuntut Hadiah menurut ketetapan Tuntutan Hadiah/Tarikh Penghantaran dalam apa keadaan sekalipun. Penganjur berhak menentukan pengurusan Hadiah yang tidak dituntut.
6.2 Hadiah sama sekali tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk lain atau cara lain daripada yang ditetapkan oleh Penganjur.
6.3 Sebarang kos tambahan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Penyertaan berkaitan Hadiah hendaklah ditanggung oleh Pemenang.
6.4 Semua Hadiah mesti diambil menurut terma dan syarat Penganjur, ejennya, penaja atau pihak ketiga yang menyediakan Hadiah.
(a) Tiket Acara:
Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pembatalan atau penjadualan semula yang boleh menghalang penunaian Hadiah. Tiket hanya boleh digunakan pada tarikh yang dinyatakan pada tiket.
(b) Hadiah Pelancongan/Percutian:
Jika pelancongan ditawarkan sebagai Hadiah, penerbangan dan penginapan adalah tertakluk kepada ketersediaan pada masa tempahan. Hadiah mesti dituntut menurut tarikh dan destinasi yang ditetapkan oleh Penganjur, ejennya atau penaja. Wang untuk perbelanjaan tambahan, makanan, cukai, pasport yang sah, visa, pengangkutan pergi & balik dari tempat berlepas dan perjalanan tambahan, insurans & semua kos sampingan lain yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Penyertaan adalah tanggungjawab Pemenang.
6.5 Hadiah diberikan berasaskan “keadaan seperti sedia ada”. Hadiah hendaklah digunakan/diambil sepenuhnya atas risiko Peserta dan Penganjur sama sekali tidak memberi sebarang jaminan mahupun menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan Hadiah setakat yang dibenarkan undang-undang.
6.6 Hadiah hendaklah dituntut sendiri melainkan Penganjur menetapkan cara lain untuk tuntutan.
6.7 Di mana seorang Peserta masih di bawah umur lapan belas (18) tahun dan diumumkan sebagai pemenang Hadiah, Peserta mesti ditemani oleh ibu bapa/penjaga sah mereka sepanjang upacara penyampaian Hadiah.
7. Publisiti
Penganjur boleh menggunakan penyertaan Peserta termasuk tetapi tidak terhad kepada gambar, lukisan, teks, dan sebarang kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan untuk tujuan Kempen (secara kolektif dirujuk sebagai “Material”), dan nama Peserta, dan/atau persamaannya, untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan promosi mana-mana barangan Penganjur, untuk tempoh tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan di mana-mana media. Peserta hendaklah melakukan segala perkara yang perlu untuk tujuan ini jika diminta oleh Penganjur.
8. Hak Milik Harta Intelek
Peserta bersetuju bahawa segala hak milik harta intelek dalam sebarang kandungan dan/atau material yang dikemukakan, dibuat atau dicipta oleh Peserta berhubung dengan Kempen ini dan sebarang hasil kerja terbitan yang timbul daripadanya akan secara kekal dan tanpa syarat menjadi hak, kepunyaan dan milik Penganjur. Penganjur berhak menggunakan dan mengubah suai material atau hasil kerja tersebut dalam apa cara sekalipun yang dianggap sesuai tanpa pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan segala haknya ke atas material atau hasil kerja tersebut.
9. Indemniti
Setiap Peserta bersetuju untuk melindungi, melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur dan syarikat pegangan, subsidiari atau syarikat berkaitannya sebagaimana ditetapkan dalam Akta Syarikat 2016 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”), para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada sebarang dan semua kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan) yang timbul daripada atau ditanggung akibat penyertaan Peserta dalam Kempen, penerimaan sebarang Hadiah, dan/atau penggunaan penyertaan Peserta dan/atau persamaannya berhubung dengan Kempen ini atau pelanggaran Terma dan Syarat.
10. Had Liabiliti
10.1 Penyertaan Peserta dalam Kempen ini adalah atas risiko Peserta sendiri.
10.2 Penganjur, Kumpulan Nestlé Malaysia, para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana Peserta berhubung dengan sebarang kerugian atau kerosakan dan sebagainya yang ditanggung, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian secara tidak langsung atau berlanjutan, atau untuk kecederaan peribadi yang ditanggung atau dialami oleh Peserta yang timbul daripada atau berhubung dengan penyertaan Peserta dalam Kempen ini, dan juga penebusan dan/atau penggunaan sebarang Hadiah yang dimenangi.
11. Am
11.1 Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menunaikan mana-mana kewajipan mereka berhubung dengan Kempen dan Terma dan Syarat di mana mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk memberi pampasan kepada Peserta dalam apa cara sekalipun dalam keadaan sedemikian.
11.2 Sebarang nama, tanda perdagangan atau logo yang digunakan dan/atau diterbitkan semula dalam sebarang material (termasuk material pemasaran dan promosi) berhubung dengan Kempen ini, khususnya yang berkaitan Hadiah, adalah hak milik pemilik masing-masing. Kempen ini dan Penganjur tidak mempunyai pertalian dengan, atau mendapat pengesahan atau tajaan daripada pemilik berkenaan, melainkan dinyatakan sebaliknya, dan pemilik berkenaan bukanlah sebahagian daripada syarikat kumpulan Penganjur.
11.3 Peserta tidak berhak untuk menyerah mana-mana hak atau sub kontrak mana-mana kewajipan yang terkandung di sini. Penganjur berhak untuk menyerahkan atau melesenkan seluruh atau mana-mana bahagian haknya kepada mana-mana pihak ketiga sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Penganjur.
11.4 Ketidaksahan, kesalahan dari segi undang-undang atau ketidakbolehan penguatkuasaan mana-mana Terma dan Syarat Kempen ini tidak akan mempengaruhi atau menjejaskan kesinambungan pelaksanaan Terma dan Syarat Kempen yang selainnya.
11.5 Di mana Terma dan Syarat Kempen ini disediakan dalam bahasa Inggeris dan bahasa yang lain, sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara bahasa Inggeris dan bahasa lain, versi bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai dan dikuatkuasa dalam semua hal.
11.6 Terma dan Syarat Kempen ini hendaklah diertikan, ditadbir, dan ditafsirkan menurut undangundang Malaysia.
12. Notis Privasi
12.1 Dengan menyertai Kempen ini, Peserta bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi Peserta oleh Penganjur berdasarkan Notis Privasi di www.nestle.com.my/info/privacy_notice.
12.2 By participating in this Campaign, the Participant agrees to the processing of the Participant’s Personal Data by the Organizer in accordance with the Privacy Notice in www.nestle.com.my/info/privacy_notice.