Demam Denggi: Gejala dan Pencegahan | Nestlé Home of Good Langkau ke kandungan utama

Demam Denggi: Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Kekal Selamat

Demam Denggi: Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Kekal Selamat
Nestlé
Nutrition tips by Nestlé

Demam denggi ialah jangkitan virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes. Di Malaysia, demam denggi masih menjadi isu kesihatan awam kerana nyamuk Aedes mudah membiak dalam air bertakung yang bersih, termasuk di kawasan rumah, longkang, pasu bunga dan bekas terbuka. Perubahan corak cuaca dan kekerapan hujan yang tidak menentu, risiko jangkitan deman denggi meningkat, terutamanya di kawasan bandar.  

Apa itu demam denggi

What is dengue fever

 

Demam denggi berlaku apabila seseorang dijangkiti virus denggi melalui gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini sering berlaku di negara tropika seperti Malaysia dan kes  kebiasaanya meningkat apabila tibanya musim  hujan kerana lebih banyak air bertakung terbentuk.

Demam denggi boleh berlaku di kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Kawasan berkepadatan tinggi seperti apartmen, kondominium dan taman perumahan juga berisiko jika kebersihan persekitaran tidak dijaga.

Di peringkat dunia, deman denggi menjejaskan kehidupan berjuta-juta orang setiap tahun, dengan anggaran 100 hingga 400 juta jangkitan dilaporkan. Di Malaysia, kes denggi kekal tinggi mencecah lebih 100,000 kes dilaporkan beberapa tahun kebelakangan ini. Negeri dengan kepadatan penduduk tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur, dan Johor, sering merekodkan lebih kes disebabkan keadaan hidup di bandar.

Gejala demam denggi

Symptoms of dengue fever

 

Gejala wabak denggi biasanya muncul beberapa hari selepas gigitan nyamuk aedes. Antara tanda yang biasa berlaku ialah demam tinggi, sakit kepala, sakit belakang mata, sakit otot dan sendi, ruam, loya, muntah dan rasa sangat lemah. Gejala ini seakan-akan selesema tetapi selalunya lebih parah.

Apabila keadaan menjadi lebih parah, denggi boleh menyebabkan komplikasi seperti sakit perut yang teruk, muntah berterusan, pendarahan gusi atau hidung, kesukaran bernafas dan badan menjadi sangat lemah. Jika tanda ini berlaku, dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan.

Kesan demam denggi kepada badan

Short-term and long-term effects on the body

 

Dalam jangka pendek, demam denggi boleh menyebabkan badan kehilangan banyak tenaga, dehidrasi, hilang selera makan dan penurunan platelet. Sebab itu pesakit biasanya perlu berehat, minum air mencukupi dan dipantau mengikut nasihat doktor. Kebanyakan orang pulih selepas beberapa minggu berehat, tetapi ada yang terus berasa lemah dan lesu untuk tempoh yang lebih lama.

Jangkitan denggi berulang juga boleh meningkatkan risiko menghidap denggi yang jenis mengancam nyawa. Jadi, pencegahan tetap penting terutamanya bagi seseorang yang pernah dijangkiti sebelum ini.

Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia 

What the Ministry of Health Malaysia is doing

 

Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan pemantauan kes, kempen kesedaran dan aktiviti pencegahan denggi secara berterusan. Antara pendekatan yang sering ditekankan ialah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes, menjaga kebersihan persekitaran dan mendapatkan rawatan awal jika mengalami gejala.

Melalui MySejahtera, orang ramai juga boleh menyemak maklumat berkaitan penyakit berjangkit termasuk demam denggi di sekitar kawasan tertentu. Ini membantu masyarakat lebih peka terhadap risiko di kawasan masing-masing.

Cara mencegah denggi di rumah

How to prevent dengue fever at home

 

Pencegahan demam denggi bermula dengan menghapus dan mengurangkan kawasan pembiakan nyamuk aedes. Persekitaran yang berbeza mungkin memerlukan pendekatan yang berbeza.

●    Bagi apartmen atau kondominium, periksa balkoni, pasu bunga, bekas air, ruang sampah dan saluran air. Pastikan tiada air bertakung walaupun dalam jumlah kecil.

●    Bagi rumah teres atau rumah atas tanah, bersihkan longkang, tutup bekas simpanan air dan buang barang lama seperti tayar, botol atau bekas plastik yang boleh menakung air hujan.

●    Bagi kawasan kampung atau luar bandar, beri perhatian kepada tangki air, tempayan, kolah dan kawasan sekitar rumah. Pastikan bekas air ditutup dan kawasan semak dibersihkan secara berkala.

Amalan harian untuk mengurangkan risiko

Simple daily habits to reduce risk

 

Gunakan penghalau nyamuk apabila perlu, terutama pada waktu pagi dan lewat petang. Pakai pakaian yang menutup kulit jika berada di kawasan berisiko. Pasang jaring tingkap jika sesuai dan pastikan rumah sentiasa bersih, kering dan bebas air bertakung.

Paling penting, jadikan pemeriksaan kawasan rumah sebagai rutin mingguan. Luangkan beberapa minit untuk mencari dan membuang air bertakung kerana langkah kecil ini boleh membantu melindungi keluarga daripada denggi.

Pencegahan bermula dari rumah

Demam denggi ialah penyakit serius tetapi boleh dicegah. Dengan memahami gejala, kesan kepada badan dan cara nyamuk Aedes membiak, setiap keluarga boleh memainkan peranan dalam mengurangkan risiko. Pencegahan bermula dari rumah, dan tindakan konsisten adalah kunci untuk memastikan persekitaran lebih selamat.

 

Rujukan
 

  1. Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Denggi dan denggi teruk  
     

  2. Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat denggi 
     

  3. IDengue. Pencegahan denggi 
     

  4. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. Gejala dan pencegahan denggi 


Image

Print

Kami akan menghantar anda ke halaman:

Teruskan ke halaman?