Kepentingan Check Up Kesihatan | Nestlé Home of Good Langkau ke kandungan utama

Kepentingan Check Up Kesihatan: Langkah Mudah ke Arah Hidup Lebih Sihat

Kepentingan Check Up Kesihatan: Langkah Mudah ke Arah Hidup Lebih Sihat
Nestlé
Nutrition tips by Nestlé

Melakukan check up kesihatan secara berkala adalah salah satu cara paling praktikal untuk menjaga kesihatan diri. Ramai hanya berjumpa doktor apabila jatuh sakit. Akan tetapi pemeriksaan kesihatan membantu mengesan masalah lebih awal sebelum gejala muncul. Ini membolehkan rawatan diberikan lebih cepat, tepat, dan berkesan.

Di Malaysia, penyakit berkaitan dengan pilihan gaya hidup seperti diabetes dan tekanan darah tinggi semakin meningkat. Oleh itu, check up kesihatan memainkan peranan penting dalam pencegahan dan pengesanan awal. 

Mengapa check up kesihatan penting

Why medical checkups are important

 

Check up kesihatan bukan sekadar untuk mengesan penyakit, tetapi untuk memastikan kesejahteraan keseluruhan. Pemeriksaan berkala boleh membantu mengesan masalah kesihatan seperti kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan paras gula dalam darah yang tidak normal.

Selain itu, ia juga memberi peluang untuk berbincang dengan doktor mengenai gaya hidup, tabiat pemakanan dan rutin harian. Ini membantu anda membuat keputusan yang berinformasi  tentang kesihatan anda untuk jangka panjang. 

Jenis check up kesihatan

Terdapat beberapa jenis check up kesihatan yang boleh dipilih mengikut keperluan dan keupayaan.

Pemeriksaan asas biasanya merangkumi tekanan darah, ujian darah, paras kolesterol dan indeks jisim badan. 

●    Pemeriksaan menyeluruh pula mungkin termasuk ujian jantung, fungsi hati dan buah pinggang serta saringan kanser. 

●    Pemeriksaan khusus memberi tumpuan kepada risiko tertentu seperti kesihatan wanita, kesihatan lelaki atau penyakit kronik.

Pemilihan jenis check-up kesihatan bergantung kepada umur, gaya hidup dan sejarah kesihatan individu atau keluarga. 

Check up kesihatan mengikut peringkat umur

Medical checkup based on age group

 

Keperluan pemeriksaan kesihatan berubah mengikut usia.

Bagi individu berumur 20 hingga 30 tahun, fokus adalah kepada kesihatan asas dan gaya hidup serta pengesanan awal faktor kesihatan berisiko seperti obesiti atau kolesterol tinggi.

Bagi umur 40 hingga 50 tahun, pemeriksaan lebih terperinci diperlukan seperti saringan jantung, diabetes dan ujian berkaitan kanser seperti saringan payudara atau kolorektal

Bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas, pemantauan penyakit kronik dan kesihatan keseluruhan menjadi keutamaan dalam check up kesihatan.

Berbincang dengan doktor dapat membantu menentukan check up kesihatan yang paling sesuai untuk anda.

Apa yang perlu dijangka semasa check up kesihatan

What to expect during a medical checkup

 

Proses check-up kesihatan biasanya mudah dan teratur. Ia bermula dengan pendaftaran dan pengisian borang soal selidik berkenaan dengan kesihatan anda.

Sebelum temu janji anda, pastikan anda menyemak sama ada terdapat sebarang persediaan yang perlu dilakukan. Sesetengah check up kesihatan, terutamanya yang melibatkan ujian darah, mungkin memerlukan anda berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum pemeriksaan. Pihak penyedia perkhidmatan kesihatan biasanya akan memaklumkan anda lebih awal sekiranya puasa diperlukan.

Seterusnya, ukuran asas seperti tinggi, berat badan dan tekanan darah akan diambil. Sampel darah dan air kencing mungkin diperlukan untuk ujian makmal. Bergantung kepada pakej, ujian tambahan seperti X ray, ECG atau ultrasound juga mungkin dilakukan.

Selepas itu, doktor akan menerangkan keputusan mengikut laporan dan memberikan cadangan untuk penjagaan kesihatan, yang mungkin merangkumi perubahan gaya hidup, keperluan membuat ujian susulan atau rawatan. 

Kebaikan melakukan check up kesihatan secara berkala

Benefits of regular medical checkups

 

Check-up kesihatan secara berkala memberikan pelbagai manfaat.

●    Ia membantu mengesan penyakit lebih awal sebelum menjadi tenat. 

●    Ia memberi gambaran jelas tentang tahap kesihatan semasa.  

●    Ia menyokong pencegahan penyakit dalam jangka panjang.  

●    Ia mendorong perubahan gaya hidup yang lebih sihat.

Yang paling penting, ia memberi ketenangan fikiran kerana anda mengambil langkah proaktif menjaga kesihatan. 

Di mana rakyat Malaysia boleh melakukan check up kesihatan

Where can Malaysians get a medical checkup

 

Di Malaysia, check up kesihatan boleh dilakukan di klinik kerajaan, hospital swasta, pusat saringan kesihatan dan program komuniti.

Banyak organisasi menawarkan pakej pemeriksaan dengan harga berpatutan, dan sesetengah majikan turut menyediakan pemeriksaan tahunan untuk pekerja. Pastikan anda memilih pusat kesihatan yang bertauliah untuk mendapatkan keputusan yang tepat. 

Menyokong kesihatan melalui gaya hidup harian

Supporting your health beyond checkups

 

Selain melakukan check-up kesihatan secara menyeluruh, gaya hidup harian memainkan peranan penting. Pemakanan seimbang, aktiviti fizikal dan rehat yang mencukupi membantu mengekalkan kesihatan.

Mengambil makanan berkhasiat setiap hari juga penting. Contohnya, bijirin penuh membantu sistem penghadaman, manakala pemakanan seimbang membantu mengekalkan tenaga. Produk seperti Milo® dan Nestum®  boleh menjadi pilihan sarapan yang mudah dan seimbang, manakala Nestlé® Omega Plus membantu menyokong kesihatan jantung apabila digabungkan dengan gaya hidup sihat. 

Langkah kecil untuk masa depan yang lebih sihat

Melakukan check up kesihatan adalah langkah kecil yang membawa  kesan besar. Sama ada anda sihat atau sedang menguruskan keadaan tertentu, pemeriksaan berkala membantu anda lebih memahami dan mengawal kesihatan diri.

Mulakan dengan check up kesihatan hari ini untuk masa depan yang lebih baik.

 

Rujukan

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (Ministry of Health Malaysia). Pemeriksaan kesihatan dan penjagaan pencegahan 

  2. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization). Pencegahan kesihatan dan saringan kesihatan

  3. Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (National Health Service UK). Gambaran keseluruhan pemeriksaan kesihatan NHS  

  4. Mayo Clinic. Saringan kesihatan pencegahan


Image

Print

Kami akan menghantar anda ke halaman:

Teruskan ke halaman?