Panduan Perancangan Kewangan | Nestlé Home of Good Langkau ke kandungan utama

Perancangan Kewangan Lebih Mudah: Panduan Praktikal Mengurus Wang Anda di Malaysia

Perancangan Kewangan Lebih Mudah: Panduan Praktikal Mengurus Wang Anda di Malaysia
Nestlé
Nutrition tips by Nestlé

Perbincangan tentang wang mungkin membuatkan anda berasa kurang selesa. Namun, tidak membincangkannya mungkin boleh membawa kesan yang lebih besar kepada kewangan anda. Perancangan kewangan secara ringkasnya ialah amalan memahami jumlah pendapatan anda, ke mana wang anda dibelanjakan dan perkara yang anda ingin capai dengan wang tersebut. Anda tidak memerlukan ijazah dalam bidang kewangan atau gaji yang besar untuk bermula. Apa yang anda perlukan hanyalah perancangan dan kesediaan untuk mengambil langkah pertama.

Sama ada anda seorang graduan baharu, ibu bapa muda atau seseorang yang bakal bersara, perancangan kewangan yang baik boleh membantu anda berasa lebih terkawal, mengurangkan tekanan berkaitan kewangan dan membina kehidupan yang anda idamkan.

 

Mengapa Perancangan Kewangan Penting sebagai Rakyat Malaysia?  

Why Financial Planning Matters for Malaysians

 

Angka dan nombor menunjukkan keadaan yang jelas. Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, hampir 48% ahli KWSP berusia di bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka setakat September 2023. Lebih terkini, sehingga Oktober 2024, hanya 36% ahli KWSP aktif yang telah mencapai penanda aras simpanan asas berdasarkan umur mereka (rujukkan daripada sebuah laporan dalam Malay Mail, 2024).

Angka-angka ini mencerminkan jurang yang ketara dalam persediaan persaraan. Berita baik ialah melalui perancangan kewangan yang dimulakan pada mana-mana peringkat kehidupan, boleh memberikan perubahan yang ketara.

 

Mulakan dengan Mengetahui Ke Mana Wang Anda Pergi

Start by Knowing Where Your Money Goes

 

Sebelum anda bermula, langkah pertama yang penting ialah menjejaki perbelanjaan anda selama satu bulan penuh. Catat segala-galanya, daripada teh tarik pada waktu pagi hingga pembelian di Shopee. Kemudian, aturkan perbelanjaan anda kepada tiga kategori:

●    Perbelanjaan tetap: sewa rumah, pinjaman kereta, insurans

●    Perbelanjaan berubah: barangan dapur, utiliti, petrol

●    Perbelanjaan mengikut kehendak: makan di luar, hiburan, langganan

Kebanyakan orang akan terkejut dengan apa yang mereka temui. Anda tidak sepatutnya berasa bersalah pada diri sendiri. Sebaliknya, umpamakannya sebagai satu kesedaran kerana anda tidak mungkin ketahui memperbaiki perkara yang anda tidak sedari.

 

Bina Bajet Mengikut Kesuaian Anda

 

Build a Budget That Works for You

 

Setelah anda memahami tabiat perbelanjaan, buat bajet bulanan yang ringkas. Salah satu kaedah yang popular ialah kaedah 50/30/20:

●    50% untuk keperluan (tempat tinggal, makanan, pengangkutan)

●    30% untuk kehendak (gaya hidup dan aktiviti masa lapang)

●    20% untuk simpanan dan pembayaran hutang

Ini hanyalah panduan, bukannya peraturan yang wajib dipatuhi. Sesuaikan pembahagian ini dengan keadaan kewangan rumah tangga anda. Jika anda mempunyai hutang tertunggak, pertimbangkan untuk memperuntukkan lebih banyak wang bagi melangsaikannya terlebih dahulu. Matlamatnya ialah membina pelan yang anda benar-benar boleh ikuti, bukannya formula yang sempurna tetapi susah dilaksana atau kekalkan.

 

Bina Dana Kecemasan

Build an Emergency Fund

 

Hidup ini mungkin berlaku sesuatu yang berada di luar jangkaan.  Kereta rosak secara tiba-tiba, bil perubatan  atau perubahan pada pekerjaan yang tidak terjangka boleh mengganggu perancangan kewangan anda  jika anda tidak mempunyai simpanan sebagai penampan.

Pakar perancangan kewangan mengesyorkan agar kita  menyimpan wang untuk perbelanjaan sara hidup yang bertahan untuk tempoh tiga hingga enam bulan dalam akaun berasingan. Jadikan ia mudah diakses, tetapi tidak terlalu  senang untuk dikeluarkan  untuk perbelanjaan yang tidak penting. Dana kecemasan ini merupakan jaringan keselamatan kewangan anda. Ia membantu melindungi matlamat simpanan lain daripada terjejas apabila perkara yang tidak dijangka berlaku.

 

Tetapkan Matlamat yang Bermanfaatkan Wang Anda

Menyimpan tanpa matlamat adalah seperti memandu tanpa destinasi. Perancangan kewangan lebih berkesan apabila setiap wang yang anda simpan mempunyai tujuan yang jelas.

Cuba anda fikirkan apa yang anda mengejarkan. Bayaran pendahuluan untuk pembelian rumah? Pendidikan anak-anak? Percutian bersama keluarga? Persaraan awal? Apa sahaja matlamat anda, catatkan dan tetapkan jumlah tersebut serta tempoh masa untuk mencapainya.

Bahagikan matlamat anda kepada jangka pendek (misalnya dalam tempoh satu tahun), jangka sederhana (satu hingga lima tahun) dan jangka panjang (lima tahun atau lebih). Ini membantu anda menentukan keutamaan penggunaan wang anda setiap bulan.

 

Kawal Hutang. Bukan Dikawal Hutang

Manage Debt Without Letting It Manage You

 

Hutang merupakan sebahagian daripada ruang kehidupan bagi kebanyakan rumah tangga di Malaysia. Pembayaran pinjaman perumahan, pembiayaan kereta dan baki kad kredit adalah perkara biasa. Apa yang penting ialah mengurus hutang secara strategik supaya ia tidak menghakis kemajuan kewangan anda tanpa disedari.  

Dua pendekatan yang boleh dipertimbangkan ialah:

●    Kaedah avalanche: Utamakan pembayaran hutang yang kadar faedah  tertinggi terlebih dahulu untuk penjimatan jumlah kos faedah dalam jangka panjang.

●    Kaedah snowball: Langsaikan hutang  berjumlah paling kecil terlebih dahulu untuk  mengekalkan motivasi daripada setiap kemajuan.

Tidak kira kaedah mana yang anda pilih, elakkan daripada menambah hutang pengguna baharu ketika anda sedang berusaha mengurangkan hutang sedia ada.

 

Mula Melabur, Walaupun pada Jumlah yang Kecil

Menyimpan wang adalah penting. Namun, pelaburan boleh membantu wang anda berkembang dari semasa ke semasa. Strategi perancangan kewangan yang lengkap merangkumi kedua-duanya.

Anda tidak memerlukan jumlah wang yang besar untuk bermula. Di Malaysia, terdapat beberapa pilihan pelaburan yang mudah diakses:

●    Caruman sukarela KWSP untuk menambah simpanan persaraan

●    Dana unit amanah untuk portfolio yang dipelbagaikan dan diuruskan secara profesional

●    Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi individu yang layak

●    Platform pelaburan digital untuk portfolio yang fleksibel dan kos yang lebih rendah

Bermula awal tetapi konsisten; walaupun hanya caruman kecil  kerana ia boleh mungkin mendatangkan  manfaat besar daripada pulangan berganda dalam jangka masa panjang.

Berwas mengenali risiko pelaburan: Semua pelaburan mempunyai tahap risiko tertentu, termasuk kemungkinan kehilangan wang yang dilaburkan. Prestasi lampau mana-mana dana atau platform tidak menjamin pulangan pada masa hadapan. Sebelum melabur, luangkan masa untuk memahami apakah yang anda laburkan, tahap kebolehcapaian wang anda dan sama ada tahap risiko tersebut sesuai dengan keadaan kewangan serta tempoh pelaburan anda. Jika anda tidak pasti, dapatkan nasihat daripada perancang kewangan atau penasihat kewangan berlesen dan dipercayai. Di Malaysia, anda boleh menyemak sama ada seseorang penasihat kewangan dilesenkan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum mendapatkan perkhidmatan mereka.

 

Lindungi Diri dan Keluarga Anda

Protect Yourself and Your Family

 

Suatu perancangan kewangan tidak dikira lengkap tanpa perlindungan. Perlindungan insurans dan takaful adalah jenis pelindungan yang dapat membantu anda sekira  terjadinya kejadian yang tidak dijangka, agar segala yang anda bina, tidak terhapus kesemuanya.

Sekurang-kurangnya, pertimbangkan:

●    Insurans hayat atau takaful keluarga untuk melindungi tanggungan anda

●    Perlindungan perubatan dan hospitalisasi bagi mengelakkan simpanan anda digunakan sepenuhnya untuk kos penjagaan kesihatan

●    Perlindungan penyakit kritikal untuk menggantikan pendapatan sekiranya berlaku masalah kesihatan yang serius

Sebagai panduan umum, pertimbangkan untuk memperuntuk tidak lebih daripada 10% hingga 15% daripada pendapatan anda untuk premium insurans, walaupun keperluan anda bergantung pada keadaan keluarga dan faktor kesihatan anda.

 

Jadikan Perancangan Kewangan Itu Tabiat Sepanjang Hayat

Perancangan kewangan bukan sesuatu yang anda lakukan sekali dan kemudian dilupakan. Pelan kewangan anda patut berubah mengikut perubahan kehidupan  anda; sesuai mengikut keadaan. Berkahwin, mempunyai anak, bertukar pekerjaan atau menghampiri usia persaraan merupakan antara masa yang sesuai untuk menyemak dan menyesuaikan semula pelan kewangan anda.

Tetapkan peringatan untuk membuat semakan kewangan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Semak bajet anda, pantau perkembangan matlamat kewangan dan pastikan simpanan serta perlindungan insurans anda masih sesuai dengan keadaan hidup semasa.

Anda tidak perlu mempunyai jawapan untuk segala-gala nya pada permulaannya. Ambil satu langkah kecil hari ini dulu. Setiap ringgit yang anda uruskan dengan tujuan yang jelas adalah satu langkah ke arah kehidupan yang anda impikan.

References

  1. Ministry of Finance. EPF: 6.3 million members under 55 have less than RM10,000 savings.  

  2. EPF / KWSP (2024). EPF Releases Belanjawanku 2024/2025 and Retirement Income Adequacy Framework.  

  3. Bank Negara Malaysia. Financial Education.   


Image

Print

Kami akan menghantar anda ke halaman:

Teruskan ke halaman?